Skip to main content

CARA MERAWAT KUCING KERACUNAN UBAT KUTU

CARA MERAWAT KUCING KERACUNAN UBAT KUTU 

Assalamaualikum semua dan salam sejahtera kepada yang bukan islam.

 Pernah tak bila kamu semua spray ubat kutu atau mandikan dengan ubat kutu tiba-tiba kucing jadi lesu, monyok dan muntah-muntah? haa jaga-jaga! kucing kemungkinan telah mengalami keracunan akibat jilat bulu mereka setelah mandi atau selepas di spray ubat kutu tersebut. 


KUCING MANDI UBAT KUTU 


Sis menyesal ye mandikan kucing guna ubat kutu  :( tapi alhamdulillah kucing sis ketujuh-tujuh survive!! 

 Tanda-tanda kucing kesayang yang telah teracun: 

  1. Lemah 
  2. Muntah-muntah 
  3. Tidak mahu makan dan minum 
  4. Mulut dan hidung berdarah 
  5. Kekejangan 
  6. Air liur meleleh dengan pekat 
Cara Mudah Untuk Merawat Kucing Keracunan Ubat Kutu: 
  • Segera bawak ke veterinar dalam tempoh 24 jam.
kebiasaanya kucing yang diracun ubat kutu masih bisa dirawat. Namun begitu, bawak kucing kesayangan kita ke veterinar merupakan langkah yang sangat bijak selamat kerana kita pun tak tahu antibodi kucing macam mana. 
  • Berikan minuman glucose-d


Cara untuk menyediakan minuman glucose :
  1. satu sudu besar serbuk Glucose-D 
  2. air suam setengah cawan 
  3. berikan kepada kucing yang keracunan sebanyak 4 ml 
  4. bagi kucing minum setiap 1 jam 
  5. ulang sehingga cukup 7/8 jam 
glucose-d merupakan minuman tenaga kepada kucing dan boleh dapatkan di klinik. kucing saya sebanyak 7 ekor alhamdulillah selamat berkat minuman ini. 

  • Air kelapa 
Haa mesti korang banyak kali dengar kan kalau air kelapa ni boleh merawat kucing yang keracunan? 
air kelapa boleh diberi kepada kucing yang keracunan setiap satu jam. 
  • Air 
ha? air? air je? kalau untuk racun yang tak kuat bagi jer air banyak tapi jangan banyak banyak pulak >.< kalau boleh biar sampai dia muntah untuk keluarkan racun tersebut. racun boleh keluar melalui najis, air kencing dan muntah. 
Haa ni la salah satu kucing saya yang dah terselamat akibat racun ubat kutu ni hehe comel kan?! 
 
lepasni korang kalau nak buang kutu, guna SPRAY UBAT KUTU FRONTLINE okay?! 
semoga berjaya semua! <3



Comments